Oleh:
Haji Zohari Bin
Muda
Hajah Faridah Bt.
Darus
Jabatan Sains
Institut Pendidikan Guru Malaysia,
Kampus Kota
Bharu.
ABSTRAK
Satu
kajian tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih kursus perguruan lepasan ijazah
pengkhususan sains Ambilan Januari 2008 dalam pengajaran sains telah dilaksanakan semasa mereka menjalani
praktikum. Kaedah penyelidikan kualitatif telah dipilih untuk melaksanakan
kajian ini yang melibatkan dua orang
peserta kajian dari sebuah sekolah yang dipilih selama tiga bulan tempoh
praktikum. Pengumpulan data melibatkan teknik tinjauan, pemerhatian, temubual dan analisis dokumen.
Dapatan kajian menunjukkan bahawa kedua-dua responden kajian mempunyai tahap
yang sederhana dalam pengetahuan tentang kemahiran proses sains. Dapatan kajian
yang seterusnya ialah guru pelatih melaksanakan kemahiran proses sains dalam
pengajaran sains sekolah rendah dengan tahap yang rendah. Antara faktor-faktor yang mempengaruhi
pelaksanaan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih adalah
terbahagi kepada tiga iaitu sikap guru
pelatih, bimbingan guru pembimbing dan
pensyarah pembimbing serta sokongan
pihak pengurusan sekolah. Sebagai
rumusan kajian, ketiga-tiga faktor berkenaan dapat meningkatkan pelaksanaan
kemahiran proses sains semasa pengajaran sains dalam kalangan guru
pelatih. Pengkaji mencadangkan suatu kajian lanjutan perlu dilaksanakan untuk mendapatkan maklumat
mengenai bentuk bimbingan yang diperlukan oleh guru pelatih dalam melaksanakan
pengajaran sains yang mengaplikasikan kemahiran proses sains secara efektif.
1.0 Pendahuluan
Sains
merupakan bidang yang menekankan kepada pemerolehan pengetahuan dan penguasaan
kemahiran. Alam sekitar merupakan makmal
utama untuk murid menguasai kemahiran
proses sains. Kepentingan penguasaan
kemahiran proses sains termaktub dalam kurikulum sains sekolah rendah.
”Kurikulum sains sekolah rendah memberikan penekanan
kepada penguasaan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik di samping kepada
pemahaman prinsip asas sains serta pemupukan sikap saintifik. Strategi pengajaran dan pembelajaran
kurikulum ini menyarankan pendekatan inkuiri yang menegaskan pembelajaran melalui pengalaman”...(p. iii)
Guru
perlu menyediakan persekitaran pembelajaran membantu murid menguasai kemahiran
proses sains. Kejayaan menerapkan
kemahiran proses sains dalam kalangan murid sekolah rendah bergantung kepada
strategi dan penyampaian guru semasa pengajaran. Menurut Kementerian Pelajaran Malaysia (2006)
matlamat sains sekolah rendah untuk membangunkan perkembangan, minat dan
kreativiti pelajar melalui pengalaman harian dan penyiasatan yang dapat
menggalakkan mereka untuk menguasai
kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Penguasaan kemahiran proses sains
dapat membantu murid dalam menyelesaikan masalah harian mereka.
Dalam
melaksanakan pengajaran, guru menggunakan pelbagai pendekatan agar kandungan
dan kemahiran dapat dikuasai oleh murid.
Fenomena seperti ini akan berlaku sekiranya guru menyedari kepentingan
kemahiran proses sains dan bersedia mengamalkannya semasa pengajaran di bilik
darjah. Namun perkara yang berlaku
adalah sebaliknya, di mana penekanan guru adalah terhadap isi pelajaran dan
berorientasikan peperiksaan. Fenomena
ini turut menular dalam kalangan guru pelatih sains semasa praktikum.
2.0 Penyataan Masalah
Kepentingan
kemahiran proses sains dalam pengajaran sains di sekolah tidak dapat dinafikan
lagi. Walaupun demikian kemahiran
tersebut dianggap sukar untuk dilaksanakan dalam kalangan guru pelatih
pengkhususan sains. Ini dikukuhkan lagi
dengan kebanyakan guru pelatih Institut Perguruan Kota Bharu sejak 10 tahun
yang lalu menunjukkan masalah dalam penguasaan kemahiran proses sains semasa
melaksanakan program sepanjang tempoh praktikum.
Menurut
Martin, Sexton, Wagner, Gerlovish (1994),
kemahiran proses sains dalam kalangan guru sekolah rendah. Kajian yang dijalankan di Barat Australia
menunjukkan guru-guru sains lemah dalam
penguasaan kemahiran proses sains dan kurang jelas kelihatan pelaksanaannya
dalam pengajaran sains di sekolah rendah.
Kelompangan dalam penguasaan kemahiran proses sains ini menimbulkan
pelbagai masalah-masalah lain dalam pengajaran sains. Manakala Miller (1996) menyokong pendapat
Willian dengan menegaskan bahawa kemahiran proses sains akan digunakan dalam pengajaran sains yang
berkesan. Kemahiran ini juga merujuk
kepada langkah. Prosedur atau aktiviti yang dirancangkan oleh guru kepada pelajar
agar pelajar dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran.
Kemahiran
proses sains merupakan salah satu aspek
penting yang diberikan penekanan dalam pengajaran sains dalam kalangan
guru pelatih sebelum mereka ke sekolah untuk menjalani praktikum. Kemahiran proses sains asas yang terdiri
daripada kemahiran memerhati, membuat pengkelasan, kemahiran mengukur dengan
menggunakan nombor, kemahiran membuat inferens, kemahiran meramal, kemahiran
berkomunikasi dan kemahiran perhubungan ruang dan masa. Manakala kemahiran proses sains bersepadu
terdiri daripada kemahiran mentafsir data, kemahiran mendefinisi secara
operasi, kemahiran mengawal pemboleh ubah, kemahiran membuat hipotesis dan
kemahiran mengeksperimen.
Walaupun
pada peringkat sekolah rendah tidak kesemua kemahiran proses itu perlu
dilaksanakan dalam pengajaran agar pelajar dapat menguasainya. Namun guru pelatih telah didedahkan kesemua
kemahiran proses tersebut secara teori dan amali dengan harapan mereka dapat
melaksanakan dalam pengajaran sains semasa praktikum yang bersesuain dengan
kemampuan pelajar. Bagi guru pelatih
sains terdapat beberapa kelemahan yang dikenalpasti semasa menjalankan
praktikum iaitu kurang berjaya menerapkan kemahiran proses tersebut dalam
pengajaran sains. Oleh yang demikian,
kajian ini ingin melihat sejauhmana guru
pelatih melaksanakan kemahiran proses
sains dalam pengajaran mereka.
3.0 Objektif Kajian
Kajian ini
menggariskan beberapa objektif seperti berikut:-
3.1
Mengenalpasti tahap pengetahuan dan kefahaman guru pelatih
terhadap penguasaan kemahiran
proses sains.
3.2
Menentukan
tahap pelaksanaan kemahiran proses sains dalam
kalangan guru pelatih semasa
pengajaran sains.
3.3
Mengenalpasti
faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
Kemahiran proses sains dalam kalangan guru
pelatih pengkhususan
Sains.
4.0 Persoalan Kajian
Kajian ini
dijalankan bagi menjawab soalan-soalan kajian yang berikut:-
4.1
Apakah tahap pengetahuan dan kefahaman guru pelatih
terhadap
penguasaan
kemahiran proses sains?
4.2
Sejauhmanakah
tahap pelaksanaan kemahiran proses sains dalam
kalangan guru pelatih semasa pengajaran sains?
4.3
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
kemahiran
proses sains dalam kalangan guru pelatih
pengkhususan sains?
5.0 Kepentingan Kajian
5.1 Mendapat maklumat tentang masalah yang
dihadapi oleh guru pelatih
pengkhususan sains dalam merancang dan
melaksanakan pengajaran
sains dengan memberikan penekanan terhadap
penguasaan kemahiran
proses sains.
5.2 Membantu guru pelatih untuk mengesan masalah
dalaman dan luaran
yang
dapat menyokong atau sebaliknya pelaksanaan kemahiran proses
sains dalam pengajaran semasa praktikum.
5.3 Menyediakan panduan kepada guru pembimbing,
pensyarah Jabatan
Sains, pensyarah pembimbing untuk memberikan
bimbingan yang lebih
berkesan untuk membolehkan guru pelatih
melaksanakan kemahiran
proses sains dalam pengajaran
5.4 Mengemukakan pandangan kepada
pihak pengurusan Institut dan pihak
pengurusan dalam memberikan bantuan dan
sokongan kepada guru
pelatih
dalam melaksanakan pengajaran yang berkesan.
5.0 Batasan Kajian
Terdapat beberapa
batasan kajian yang menjadi sempadan ke atas kajian ini antaranya ialah:
i.
Kajian ini hanya melibatkan dua orang guru pelatih yang
sedang menjalani praktikum
ii.
Pengkaji tidak menetapkan kemahiran proses sains yang
khusus. Dengan kata lain semua kemahiran
proses sains diperhatikan secara menyeluruh
iii.
Walaupun empat pemerhatian pengajaran dilakukan terhadap
pengajaran yang dilakukan oleh guru pelatih namun hanya satu temubual yang
dilakukan untuk mendapatkan data temu bual
iv.
Pengkaji tidak menentukan tajuk-tajuk tertentu dalam mata
pelajaran sains tetapi bergantung pada tajuk yang diajar oleh guru pelatih
dalam tempoh praktikum
v.
Kajian ini hanya melibatkan guru pelatih yang
melaksanakan pengajaran untuk murid Tahun 5 sahaja.
7.0 Definisi Istilah
Kemahiran Proses Sains bermaksud
kemahiran proses sains yang ditetapkan oleh Pusat Perkembangan Kurikulum,
terdiri daripada tujuh kemahiran proses sains asas dan lima kemahiran proses
sains bersepadu, iaitu;
Kemahiran
proses sains asas:
1.
Pemerhatian
2.
Mengelas
3.
Mengukur dan menggunakan nombor
4.
Membuat inferens
5.
Meramal
6.
Berkomunikasi
7.
Menggunakan perhubungan ruang dan masa
Kemahiran
proses sains bersepadu:
1.
Mentafsir maklumat
2.
Mengawal pembolehubah
3.
Mendifinisi secara operasi
4.
Membuat hipotesis
5.
Mengeksperimen
Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepas Ijazah merujuk
kepada guru pelatih KPLI Ambilan Januari 2007 Institut Perguruan Kota Bharu
8.0 Methodologi Kajian
8.1 Kerangka Konsep Kajian
Lima kategori
utama yang dicadangkan menjadi kerangka konsep dalam kajian ini, iaitu pengetahuan
guru pelatih, kemahiran guru pelatih, sikap guru pelatih, bimbingan dan
sokongan pihak pengurusan. Walaupun pada
peringkat awalnya pengkaji hanya menetapkan empat kategori sahaja namun
kategori yang kelima iaitu sokongan
pelajar timbul apabila pengkaji membuat penganalisisan data.
8.2 Reka Bentuk Kajian
Pengkaji memilih
kaedah penyelidikan kualitatif dan kuantitatif (ujian diagnostik) bagi menjawab
persoalan kajian yang telah ditetapkan.
Empat teknik pengumpulan data yang digunakan ialah
i.
Tinjauan terhadap pengetahuan dan kefahaman guru pelatih
terhadap kemahiran proses sains. Ujian
kemahiran proses sains dijadikan instrumen untuk mendiagnos tahap pengetahuan
dan kemahiran tersebut.
ii.
Pemerhatian terhadap pengajaran guru pelatih. Pemerhatian ini dilakukan sebanyak empat kali
iaitu bilangan yang sama untuk penyeliaan praktikum. Selain untuk penyeliaan praktikum pemerhatian
bertujuan untuk melihat pelaksanaan kemahiran proses sains semasa pengajaran
yang dilakukan.
iii.
Teknik temubual semi struktur digunakan dalamm kajian
ini, di mana guru pelatih ditemubual berdasarkan maklumat yang diperolehi
daripada pemerhatian. Data temubual
merupakan data utama dalam kajian ini yang disokong oleh data-data yang lain.
iv.
Teknik analisis dokumen di mana pengkaji mendapatkan buru
rancangan mengajar, lembaran kerja yang diberikan kepada murid semasa
pengajaran dan jurnal guru pelatih dianalisis untuk mendapatkan maklumat
tentang pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran
8.3 Responden Kajian
Responden
kajian terdiri daripada dua orang guru pelatih lelaki yang telah bersetuju
untuk menjadi peserta kajian ini. Pada
peringkat awalnya pengkaji mensasarkan tiga orang responden kajian, namun
setelah lapan minggu kajian dilakukan, responsen kajian yang ketiga, merupakan
seorang guru pelatih perempuan menarik diri dari meneruskan kajian ini. Ini merupakan fenomena biasa dalam kajian
kualitatif. Walaupun pengkaji telah
melaksanakan isu-isu etika dan mendapatkan persetujuan secara bertulis tetapi
pengkaji tidak boleh memaksa responden kajian terus terlibat sekiranya mereka
ingin menarik diri dari meneruskan kajian tersebut.
8.4 Lokasi Kajian
Kajian
ini dilakukan di sebuah sekolah kebangsaan di Daerah Kota Bharu, Kelantan
8.5 Instrumen Kajian
Instrumen kajian
terdiri daripada :-
i.
Ujian diagnostik kemahiran proses sains
ii.
Soalan temubual semi struktur yang dijadikan panduan
untuk melaksanakan temubual
iii.
Senarai semak pemerhatian juga sebagai panduan
pemerhatian
iv.
Borang analisis dokumen
9.0 Dapatan Kajian
Perbincangan terhadap dapatan kajian merujuk kepada soalan-soalan kajian
yang telah ditetapkan.
i.
Apakah tahap
pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penguasaan kemahiran
proses sains?
ii.
Sejauh mana pelaksanaan kemahiran proses sains dalam
kalangan guru pelatih semasa pengajaran sains?
iii.
Apakah faktor-faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih pengkhususan sains?
9.1 Pengetahuan kemahiran proses sains
Persoalan
kajian pertama dijawab dengan menganalisis skor ujian diagnostik kemahiran
proses sains guru pelatih. Dalam ujian
diagnostik tersebut pengkaji telah menetapkan gred seperti berikut:
81 – 100 = Pengetahuan KPS baik
61 – 100 = Pengetahuan KPS sederhana
41 – 60 = Pengetahuan KPS lemah
0 – 40 = Pengetahuan KPS sangat lemah
Skor yang
diperolehi oleh responden kajian pertama (RK1) sebanyak 64 markah dan responden kajian 2 (RK2)
sebanyak 70 markah. Ini menujukkan
bahawa pengetahuan kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih yang
menjadi responden kajian adalah sederhana.
Dari segi latar belakang, sebelum mengikuti kursus perguruan RK1 adalah seorang jurutera
yang pastinya berlatar belakangkan pendidikan sains sehingga ke peringkat
universiti. Manaka RK2 merupakan seorang
ahli Biologi yang terlibat dengan kerja-kerja makmal secara langsung. Namun pengetahuan mereka terhadap kemahiran
proses sains adalah sederhana. Persoalan
yang timbul bagaimana pengetahun yang sederhana ini menyumbang ke arah
pelaksanaan kemahiran proses sains dalam pengajaran sains sekolah rendah.
Analisis
buku rancangan pengajaran harian RK1 dan RK2 juga mendapati bahawa guru
pelatih bermasalah memasukkan
elemen-elemen kemahiran proses sains dalam penyediaan rancangan pengajaran
harian. Daripada 10 rancangan mengajar
yang diteliti, tiga daripadanya terdapat elemen kemahiran proses sains di muka
hadapan rancangan tersebut namun tidak dimasukkan dalam ruangan catatan
pengajaran guru dan pembelajaran murid.
Daripada tiga yang dimasukkan, guru pelatih tidak dapat menjelaskan
prosedur pelaksanaan kemahiran proses sains tersebut. Dengan itu analisis rancangan pengajaran
harian merupakan dapatan yang menujukkan RK1 khususnya mempunyai kefahaman yang
sederhana tentang kemahiran proses sains.
Data temubual
juga mendapati bahawa responden kajian mempunyai pengetahuan dan kemahiran yang
sederhana dalam kemahiran proses sains
Berdasarkan
Transkrip temu bual:
“ Kalau ikutkan kefahaman saya…masih kurang puan, masih
tak menentu, masih tak sistematik lagi pengetahuan saya. Tidak betul-betul
boleh beza lagi”
RK1/TB/
B60 –B62
9.2 Kemahiran proses sains dalam kalangan guru
pelatih
Bagi
menjawab soalan kajian yang kedua, dapatan kajian mendapati RK1 mempunyai kemahiran yang rendah dalam
melaksanakan kemahiran proses sains
semasa pengajaran sains.
” Tentang kemahiran proses sains ini, saya rasa banyak
lagi perkara yang saya nak belajar dan nak berkongsi dengan pelajar”
RK1/TB/ B52 –B55
Walau
bagaimanapun RK2 mempunyai lebih kemahiran proses sains berbanding dengan RK1
tetapi masih berada dalam tahap yang rendah.
” Kalau dari segi kemahiran proses sains, saya ni dah
biasa dengan makmal, saya memang faham dan rasa-rasa saya menguasai
kemahiran proses tersebut. Perkara yang kita dah buat. ”
RK2/TB/ B72 –B74
” Saya selalu berada di makmal dan mengendalikan
peralatan makmal. Jadi perkara itu tidak
menjadi masalah”
RK2/TB/ B83 –B8
9.3 Faktor yang mempengaruhi pelaksanaan
kemahiran proses sains
Terdapat
beberapa faktor yang telah dikenalpasti melalui kajian yang mempengaruhi
pengetahuan dan kemahiran proses sains dalam kalangan pelajar.
Faktor itu adalah;
i) Sikap Guru Pelatih dalam pelaksanaan
kemahiran proses sains
Dapatan kajian
menunjukkan bahawa RK1 dan RK2 mempunyai sikap yang positif dalam pelaksanaan
kemahiran proses sains semasa pengajaran sains di sekolah rendah.
Sikap positif
yang ditunjukkan ialah usaha untuk menyesuaikan diri dengan suasana yang
baru. Guru pelatih berusaha untuk
melaksanakan perkara dengan terbaik serta keghairahan dan motivasi yang tinggi
untuk menimba ilmu untuk menjadikan pengajaran sains yang berkesan.
“ saya
memang suka buat eksperimen dan ada eksperimen yang saya reka sendiri. Tiap-tipa minggu pelajar mesti buat
eksperimen. Rasanya lebih 17 kali saya
buat eksperimen dalam tempoh 10 minggu
praktikum”
RK2/TB/ B106 – B109
ii) Bimbingan Guru pembimbing dan Pensyarah
Pembimbing
Guru pelatih
mendapat bimbingan secara umum dari guru pembimbing bukan fokus kepada
kemahiran proses sains.
“Guru pembimbing sangat menggalakkan dan membantu kami
untuk menggunakan peralatan di makmal tetapi tidak berfokus kepada kemahiran
proses sains yang lebih khusus”
iii) Sokongan pihak pengurusan
Tentang peralatan
tidak menjadi masalah kerana mendapat sokongan dan bantuan dari pihak guru
pembimbing dan pihak pengurusan sekolah.
”Peralatan dan kelengkapan di sekolah itu banyak sungguh,
lengkap dan disusun dengan sistematik”
RK1/TB/B42
–B44
iv)
Beban Tugas
Kedua-dua respondem menyatakan bahawa
terdapat banyak tugas atau kerja yang perlu dilaksanakan semasa sesi pengajaran
yang menyebabkan tiada masa untuk persediaan serta ulangkaji, dan ini
mempengaruhi tahap pengetahuan.
” Banyak sangat benda yang saya nak lakukan, tapi tak
sempat”.
RK1/TB/B42 –B44
10.0 Rumusan dan
Cadangan
Walaupun
kajian ini merupakan satu kajian kes yang ringkas, namun dapatan kajian ini
boleh dijadikan bahan refleksi khususnya untuk pensyarah penyelia dan guru
pembimbing dalam meningkatkan lagi kualiti bimbingan yang perlu diberikan
kepada guru pelatih. Dapatan kajian ini
mendapati tahap pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penguasaan kemahiran
proses sains berada pada tahap sederhana manakala tahap pelaksanaan kemahiran
proses sains pula berada pada tahap yang rendah. Oleh itu kedua-dua aspek
pengetahuan dan kefahaman guru pelatih terhadap penguasaan kemahiran proses
sains serta pelaksanaan kemahiran proses sains perlu diberi penekanan yang
lebih khususnya semasa menyediakan perancangan dan semasa interaksi dalam bilik
darjah.
Pekara
utama yang perlu diberi pertimbangan oleh pensyarah penyelia dan guru
pembimbing semasa memberi bimbingan adalah bimbingan perlu lebih berfokus
kepada tujuh kemahiran proses sains asas dan lima kemahiran proses sains
bersepadu.
Peralatan
dan kelengkapan makmal di sekolah disediakan dengan lengkap, tersusun dan
bersistematik. Dengan itu sepatutnya ia dapat dimanfaatkan oleh guru pelatih
semasa menjalani praktikum dalam membina pengetahuan serta penguasaan kemahiran
proses sains.
RUJUKAN
Bloom, B. S. , Hasting, J. T., Madaus, G. F. (1971). Handbook
of Formative and summative evaluation
of student learning. New York :
Mc Graw Hill.
Bonnie, B. B. (1994). Research on
problem solving: Elementary School. In D.L.
Gabel, (Eds.). Handbook of Research on Science Teaching and Learning.
(pp. 237 – 247). New York
: Macmillan.
Brotherton, P. N. & Preece, P.
F. W. (1996). Teaching Science Process Skills. International Science Education. 18 (1), 65 – 74.
Carin, A. A. (1993). Teaching Science Through Discovery (7
th. ed.). Sydney :
Queen College Press.
Chiappetta, E.L. , Koballa, T. R. ,
Collette, A. T. (1998). Science
instruction in the middle and secondary schools. New York : Macmillan.
Jack,
H. (1990). Science Experiences:
Cooporative Learning and Teaching Science. Addison : Wesley.
Kementerian
Pendidikan Malaysia .
(1993). Huraian Sukatan Sains Sekolah
Rendah. Kuala Lumpur :
Pusat Perkembangan Kurikulum.
Lim,
T. E. & Cheah, B. L. (1987). Dapatan-dapatan kajian KBSR. Persidangan Tahunan Jemaah Nazir Sekolah
Persekutuan Kementerian Pendidikan Malaysia .
Lee, L. L. (1991). Acquisition science process skills and its
relationship to cognitive development. Tesis sarjana pendidikan tidak
diterbitkan, Universiti Malaya, Kuala
Lumpur .
Martin, E. R. ,Sexton, C. , Wagner,
K. , Gerlovish, J. (1994). Teaching
science for all children. Boston
: Library of Congress.
Livermore, A. H. (1964). The Process
approach of AAAS commission of science education. Journal of Research in Science Teaching, 2. 271-282.
Miller, K. W. , Stenley, F. S. ,
Carolyn, D. L. (1996). Strategi for science learning . Science and Children 18(3), 24-27.
Weber, M. C.
& Renner, J. W. (1972). How effective is the SCIS science
program? – one evaluation. School Science and Mathematics, 72, 729
– 734.
Satu kajian yang berguna dan bermaanfaat bagi guru yang mengajar di pedalaman.
ReplyDeleteSy berminat dengan kajian Tuan. Adakah kajian ini diterbitkan dalam mana2 penerbitan? Saya ingin mengambil sebagai rujukan kerana saya sedang membuat kajian berkaitan 'Teacher Knowledge' dalam KPS.
ReplyDelete