Oleh:
Hj. Zohari bin Muda
Pensyarah Cemerlang, Jabatan Sains,
Institut
Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu.
Pendahuluan
Setiap Insan seharusnya mengenali diri semasa hidup didunia ini, jika tidak
sukarlah untuknya mengatur hidup dengan sempurna dan bershukur atas segala
nikmat dan rahmat yang dianugerah oleh Allah s.w.t. yang menciptanya.
Renungkan firman
Allah yang bererti:
”
Sesungguhnya Kami telah mencipta manusia dalam bentuk yang amat baik ”.
(At Tin – 4 )
Tuhan telah mencipta manusia dalam bentuk rupa yang amat baik di mana
segala-galanya tersusun dengan lengkap dan bersistematik yang tidak boleh
dipertikaikan lagi. Bagi manusia yang berfikir dan mengenali dirinya akan
menghargai dan memelihara tubuh itu agar tidak berpenyakit, seterusnya dapat
mebawa kepada cinta kepada yang menciptanya iaitu Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud:
” Dan sesungguhnya Kami telah
menjadikan manusia dari sari tanah. kemudian Kami jadikan sari tanah itu air
mani ( terletak ) dalam tempat simpanan yang teguh, kemudian air mani itu Kami
jadikan segumpal darah , lalu darah segumpal itu Kami jadikan tulang belulang,
kemudian tulang belulang itu Kami tutup dengan daging, sesudah itu Kami jadikan
makhluk yang lain, kemudian Kamu akan mati ”.
(Al Mukminun
12-15)
Jelas disini bahawa Tuhan menerangkan bagaimana manusia dijadikan oleh-Nya,
tidak terjadi begitu sahaja tetapi melalui beberapa sunnahNya iaitu:
a) Pembiakan ( persenyawaan )
b) Kesuburan
c) Ketuaan
d) Maut
Tidak seorang pun dalam hidupnya akan dapat mengelak dirinya daripada kitaran
Sunnah ini. Peringkat yang akhir sekali ialah maut, di mana setiap insan akan kembali
menemui Tuhanya disuatu alam yang dinamakan Alam Barzah. Kemudiannya kita semua
akan dibangkitkan untuk menerima balasan dari setiap amalan semasa hidup
didunia.
Dalam penulisan ini, saya akan membincangkan konsep ” Vital Force ”. Jasad manusia itu wujudnya tersusun dari
berbillion-billion sel dan setiap sel mampunyai tenaga (nukleus). Tenaga ini
yang dinamakan ” Vital Force ” atau Kuasa Hayat. Sebagai contoh, jantung
tersusun daripada sel-sel jantung yang
membentuk tisu-tisu jantung yang kemudiannya wujud organ jantung. Jantung
u dan organ lain ditadbir oleh tenaga yang ada pada organ tersebut. Hubungan
antara sesuatu organ dengan organ yang lain menjadikan satu penyatuan tenaga
yang dinamakan ’diri batin’. Diri batinlah yang mentadbirkan diri yang zahir
itu dalam kehidupan hariannya.
Diri insan itu bermula melalui persenyawaan. Setelah berlaku persenyawaan,
mulalah proses kesuburan menjalankan tugasnya dimana bayi yang dikandung oleh
ibunya manjadi subur dan sempurna bentuknya. Apabila bayi itu telah sempura
sifatnya, iaitu seperti telinga sebagai organ untuk mendengar, hidung untuk
penciuman, mata untuk melihat dan lain-lain organ yang sangat perlu dalam
kehidupan seorang manusia telah disediakan oleh Allah s.w.t melalui
sunnah-sunnahNya, barulah ditiupkan roh ke dalam tubuh manusia itu. Oleh sebab manusia
sangat sempurna kejadiannya berbanding makhluk Tuhan yang lain maka
diperintahkan segala sesuatu supaya tunduk kepadanya, dan inilah menunjukkan
ketinggian darjat manusia itu.
Tuhan berfirman yang maksudnya:
” Dan setelah dia sempurna Aku buat dan Aku
tiupkan Rohku kerana itu hendaklah
kamu tunduk dan merendah diri kepadanya ”.
(Al Hijr – 29)
Jelas daripada apa yang diperhatikan bahawa manusia itu tersusun dari;
a) Jasad atau tubuh kasar – ilmu untuk mengkajinya dinamakan histologi dan anatomi.
b) ” Vital Force ” atau Kuasa Hayat yang mentadbirkan sesuatu organ dan
seterusnya mentadbir diri manusia melalu amalannya. – ilmu physiologi.
c) Rohullah, tenaga yang ditiupkan oleh Allah s.w.t setelah sempurna
manusia itu dicipta- ilmunya dinamakan Ketuhanan
atau Diviniti.
Jasad tugasnya sebagai alat untuk melakukan sesuatu amal. ” Vital Force
atau Kuasa Hayat ( nuklius ) mentadbir sesuatu organ dalam tubuh dan penyatuan
tenaga ini dinamakan diri batin dan tenaga diri batin inilah yang menggerakkan
organ tubuh manusia melakukan sesuatu amal. Rohullah adalah tenaga yang tidak
terbatas oleh ruang dan masa dimana boleh menghubungi Tuhan dengan kekuatan
iman dan melaksanakan amal menurut kehendak Allah s.w.t.
Setiap organ dalam tubuh manusia berfungsi mengikut apa yang telah
ditetapkan oleh sunnah Tuhan. Sebagai contohnya gigi menghancurkan makanan,
jantung untuk pum darah mengikut
perkiraan tertentu dan begitulah juga dengan organ yang lain. Organ yang
terdapat dalam tubuh manusia, masing-masing bekerja tunduk kepada apa yang
telah disunnahkan oleh Allah s.w.t. Kepatuhan ini adalah semata-mata untuk menyihatkan
manusia itu sendiri supaya bila berada dalam keadaan sihat barulah dapat
tunaikan tanggungjawabnya sebagai hamba disisi Allah s.w.t. Apabila manusia itu
melanggar sunnah-sunnah dan aturan-aturan dalam hidupnya akan timbullah
gejala-gejala yang tidak menyenangkan iaitu dinamakan penyakit.
Konsep ”Vital Foece” dan perkaitannya dengan kehidupan manusia bolehlah
digambarkan seperti rangka konsep di bawah;
Pada masa ini sangat sedikit manusia yang sedar dan bersyukur atas segala
Nikmat dan Rahmat yang diberikan oleh Allah s.w.t kepadanya.
Renungkan firman Allah s.w.t yang bererti:
” Apabila Kami berikan kurnia kepada
manusia itu dia membelakang dan menyombong diri, tetapi apabila bahaya
menimpanya, dia ( memohon ) dan berdoa panjang
lebar ”.
(AL Fusilat – 51)
Jelaslah dengan
wujudnya tubuh manusia dan segala sunnah yang bergerak didalamnya menjadi bukti
kasih sayang Allah s.w.t kepada hambanya. Tidak cukup dengan itu, manusia
diberi pula bimbingan dan petunjuk melalui kalamnya iaitu Quran yang
mengandungi perintah dan larangan supaya tidak sesat dan sentiasa hidup sihat
dalam keimanannya, moralnya dan jasadnya.
Sebenarnya Quran
dan Agama Islam itu bukanlah untuk sesuatu bangsa, tingkatan dan golongan
melainkan untuk seluruh dunia dan segenap bangsa manusia. Siapa yang hendak
mengikuti jalan yang lurus dan kebenaran
sejati, dapatlah mengambil pimpinan dan petunjuk daipadanya iaitu Quran.
Renungkan firman
Tuhan yang bererti:
” Itu tiada lain dari pengajaran untuk seluruh dunia.
Bagi siapa diantara kamu yang mahu berjalan lurus ”.
(
Al Takwir – 27,28 )
Demi untuk
melengkapkan sifat kasih dan sayang Allah s.w.t kepada hambanya didatangkan
pula Nabi-Nabi dan Rasul-Rasul untuk menjadi contoh ikutan supaya manusia itu
berada dalam keadaan sihat sempurna dan dapat kembali kepadaNya dalam keadaan
sihat dan sempurna pula.
Menjaga Kesihatan
Daripada apa yang telah dibincangkan, dapatlah disimpulkan bahawa ”Vital
Force” atau Tenaga Hayat seolah-olah merupakan sebagai penghubung atau sendi antara Jasad ( Tuboh Kasar ) dengan Qalbu/Diri batin.
”Vital Force” atau Tenaga Hayat juga dapat dikaitkan dengan iman.
Untuk membincangkan tentang pekara ini cuba kita renungkan firman
Allah s.w.t yang
bermaksud:
” Demi ( perhatikan ) waktu. Sesunggguhnya manusia itu
dalam kerugian . Selain dari orang-orang yang beriman dan mengerjakan perbuatan
baik, dan mewasiatkan ( memesan ) satu sama lain dengan kebenaran dan
mewasiatkan satu sama lain supaya berhati teguh ”.
( Al Asyr 1 – 3 )
Petunjuk daripada Allah s.w.t yang disampaikan oleh Nabi Muhamad s.a.w. itu
dengan tegas menunjukkan iaitu manusia yang hidup di alam ini sentiasa dalam
kerugian kerana amalan-amalan mereka yang tidak sihat dan tidak mendatangkan
kebaikan pada diri mereka sendiri, malah bertentangan dengan sunnah wujudnya
manusia itu yang asalnya dicipta dalam bentuk yang amat baik, kecuali mereka yang
beriman dan melakukan amal salleh.
Dengan ini jelas kepada kita bahawa yang menjadi asas kepada kehidupan
manusia, jika ingin hidup sihat dan selamat ialah Iman dan amal salleh.
Beriman kepada Allah menjadi faktor utama dalam kehidupan orang Islam iaitu
benar-benar berserah kepada Tuhan dan tidak mempersyarikatkan Allah s.w.t serta
melaksanakan perintah-perintahNya. Orang yang beriman kepada Allah akan memelihara
imannya supaya sentiasa dalam keadaan sihat
dan
seterusnya akan
melahirkan amalan-amalan yang baik menurut kehendak Allah s.w.t. Kekuatan iman
akan membawa kepada kesedaran atas rahmat dan nikmat yang dianugerahkan oleh
Allah s.w.t kepadanya dan dengan sendirinya ia akan menghargai dirinya,
berkelakuan baik, moral yang sihat seterusnya barulah amalan pun turut sama
sihat.
Kurangnya keyakinan terhadap Allah s.w.t. atau kelemahan iman adalah satu bentuk
tenaga negatif yang akan membawa kepada pelanggaran sunnah dan
perintah-perintah Tuhan dan akhirnya akan mendorong kepada mempersekutukanNya.
Dengan ini rosaklah kesihatan dan mulalah pelbagai jenis penyakit yang akan bermaharajalela.
Mereka akan melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan hina dimana akan
melahirkan pula akhlak yang buruk. Mereka akan memakan makanan yang ditegah atau
yang diharamkan oleh Allah s.w.t dan seterusnya jasad yang sihat akan berubah
menjadi berpenyakit.
Kelemahan iman yang seterusnya melemahkan ” Vital Force ” atau Tenaga Hayat
seseorang secara fizikal biasanya berpunca daripada:
1. Pemakanan
2. Cara berfikir
3. Suasana persekitaran
4. Baka atau keturunan
Firman Tuhan yang bermaksud:
” Hai orang-orang yang beriman, makanlah rezeki yang Kami berikan
kepadamu yang baik, dan bersyukurlah
kepada Allah jika memang hanya Dia yang kamu sembah ”.
(Al Baqarah – 172)
Nyatalah rusaknya kesihatan manusia itu lantaran dari kelemahan dan
tipisnya iman yang membawa kepada kerusakan akhlak seterusnya akan membawa
kepada kerusakan atau berpenyakitnya tubuh kasar atau jasadnya.
Apabila manusia telah sedar yang kepercayau iman atau imannya sudah tidak
sihat, akhlaknya telah rusak dan tubuhnya berpenyakit, sangat perlulah mereka
mencari penawar supaya pulih semula. Tidak ada jalan lain, hanya mereka mesti
kembali kepada pangkalnya iaitu kepercayaan kepada Allah dan RasulNya. Meminta
ampun atas segala kesalahan dan kesilapannya kerana Allah s.w.t itu Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang, seterusnya beramal dengan apa yang diperintah
dan diredhaiNya. Untuk menambah lagi
potensi kekuatan iman perlulah ditingkatkan lagi amalan-amalan yang baik atau
soleh seperti mana yang telah diajarkan oleh Nabi Muhammad s.a.w.
Diantara amalan yang boleh memperkuatkan keimanan yang seterusnya
menguatkan ” Vital Force ” atau Tenaga Hayat seseorang adalah:
1.
Membaca Quran
tiap hari
2.
Sembahyang Tahjud tiap malam
3.
Puasa Sunat tiap
isnin dan khamis
4.
Zikir pagi dan
petang
Penutup
Bidang Sains dan Islam jelas tidak boleh dipisahkan dalam kehidupan setiap
manusia. Pengetahuan sains seharusnyalah diterokai dengan hasrat untuk mengetahui
dan mendekatkan diri kepada Allah s.w.t. Ilmu sains dapat membuktikan dalam
banyak hal tentang Maha Kuasa dan Maha Bijaksananya Allah s.w.t. Dengan
pembuktian secara sains akan dapat menigkatkan keyakinan dan akidah seseorang
yang seterusnya membawa kepada rajin dan khusyu’ untuk beribadat. Apabila rajin
beribadat akan lahirlah sifat dan akhlak yang mulia.
Bibliografi:
1. Mohammed bin Hj. Yaacob 1984. Memelihara kesihatan menurut Quran dan
Hadis. Syarikat Ben Dasuka, Johor Bharu.
2. Mohamad bin Hj. Yaacob 1987. Mengenal Diri Menurut Quran dan Sains ;
Syarikat Ben
Dasuka, Johor Bharu.
3. Mohd. Yusof
Hj. Othman , 1994. Konsep
Kejadian Mengikut Pandangan
Sains Dan Al Quran ; Kertas
Kerja untuk Guru-Guru Kanan MataPelajaran
Sains Dan Pendidikan
Islam, anjuran Jabatan Pendidikan Kelantan.
4. Bahagian Hal Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana
Menteri, 1983. Tafsir
Pimpinan Al Rahman Kepada Pengertian Al
Quran, Kuala Lumpur.
5. Sayid Sabiq, 1974. Aqidah Islam ( Ilmu Tauhid )
; Penerbit C.V. Diponegoro,
Bandung.
6. Osman Bakar, 1993. Islam Dan Pemikiran Sains Masa Kini ; Mekar Publishers
Dan Akademi
Sains Malaysia ( ASASI ), Kuala Lumpur.
Satu penemuan da kajian yang baru. Baik untuk dikongsi dan diaplikasikan dalam diri seseorang sebagai umat Islam.
ReplyDeleteAllahhuakbar!!
Saya ingin mengetahui dengan lebih lanjut. Mohon emailkan saya pendapat tuan tentang perkaitan antara ibadat dan kesihatan kita pada masa kini. syafie_samsir@yahoo.com.sg
ReplyDelete