Oleh:
Hj. Zohari
bin Muda
Pensyarah
Cemerlang, Jabatan Sains.
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu,
Pengkalan Chepa, Kelantan.
Tahun 2010.
PENDAHULUAN
Salah
satu matlamat Kementerian Pelajaran adalah untuk menjadikan pendidikan di
negara ini "bertaraf dunia".
Ini merupakan satu reformasi pendidikan bagi menghadapi alaf baru. Reformasi pendidikan ini amat perlu
disegerakan kerana segala perubahan yang berlaku amat pantas terutamanya di
dalam era teknologi maklumat.
Untuk merealisasikan matlamat Kementerian Pelajaran guru tentunya yang
memainkan peranan utama dalam melonjakkan kualiti pendidikan. Justeru usaha meningkatkan kualiti guru telah
diberikan penekanan dalam setiap perancangan pembangunan pendidikan. Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
2006 – 2010 telah memberi penekanan kepada peningkatkan kualiti guru melalui
teras ke 5 iaitu memartabatkan profesion perguruan dengan memberi fokus kepada peningkatan
kualiti guru melalui
·
menambah baik sistem pemilihan calon guru
·
memantapkan
latihan perguruan
·
memantapkan
kerjaya guru
·
menambahbaik persekitaran kerja dan kebajikan guru
·
memantapkan
perancangan dan pengurusan sumber manusia
Selaras dengan Bidang
Tiga dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas), negara mensasarkan untuk memperbaiki
pencapaian pendidikan dengan memastikan setiap pelajar mempunyai akses kepada
pendidikan berkualiti. Justeru, negara perlu melahirkan modal insan yang
memiliki minda kelas pertama untuk menghadapi cabaran pembangunan ekonomi yang
berlandaskan ilmu pengetahuan dan inovasi. Modal insan yang dibangunkan perlu
mempunyai keupayaan pengetahuan, kemahiran dan ciri-ciri keperibadian unggul.
Dalam esei ini
saya cuba
menjelaskan peranan yang telah saya mainkan di peringkat Institut Pendidikan
Guru (IPG) Kampus Kota Bharu. Adalah telah terbukti bahawa menerusi pendekatan
dan perancangan yang tersendiri saya telah dapat membantu IPG Kampus Kota Bharu
melahirkan Guru Permulaan (khususnya dalam bidang sains) yang memiliki kompetensi
yang tinggi bukan sahaja dalam aspek akademik dan kokurikulum tetapi juga dapat
melahirkan modal insan yang mempunyai potensi optimum untuk pembangunan negara.
Telah banyak perubahan
dan penambahbaikan yang disarankan oleh kerajaan dan ianya menuntut satu
transformasi yang drastik untuk mereformasikan
sistem pendidikan negara. Perubahan ini
dapat meletakkan asas yang kukuh untuk pembangunan dan perkembangan sektor pendidikan
secara umum. Reformasi sistem pendidikan negara adalah selaras dengan idea yang
diilhamkan oleh Y.A.B. Mantan Perdana Menteri Malaysia ke 5 dalam Forum Dialog
Majlis Tindakan Ekonomi Negara pada 13 Januari 2004 seperti yang berikut
“... Saya percaya bahawa untuk memastikan aspirasi kita
untuk menerapkan budaya pencapaian yang baru tidak terbantut oleh
ketidakmampuan, kita membangunkan modal insan yang sepadan dengan tanggungjawab
dan cabaran masa mendatang, apa yang kita perlukan adalah tidak kurang daripada
suatu ‘revolusi pendidikan’...”
Ucapan Y.A.B. Perdana Menteri
dalam Forum Dialog Majlis Tindakan Ekonomi Negara
pada 13 Januari 2004
Reformasi ini juga merupakan
kesinambungan falsafah pendidikan seperti yang dinyatakan dalam Akta Pendidikan
1996 untuk melahirkan modal insan yang seimbang, harmoni, berpengetahuan dan
berakhlak mulia. Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang berikut menjadi asas
kepada sistem pendidikan negara:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia
yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan
mencapai kesejahteraan diri serta mampu memberikan sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara”.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam Akta Pendidikan 1996
Pendidikan negara juga adalah sebagai pemacu kepada pembangunan ekonomi
negara kerana ianya merupakan sumber atau kilang yang menghasilkan tenaga kerja
yang berperibadi mulia. Kepentingan dalam pembentukan modal insan bertaraf dunia
ini menjadi keutamaan kepada misi kerajaan sebagaimana ucapan Y.A.B. Perdana
Menteri yang menyatakan,
“Persaingan untuk modal
insan juga semakin meningkat, di mana banyak negara, terutama negara maju,
mengamalkan dasar keterbukaan yang komprehensif dalam usaha menarik modal insan
yang cemerlang termasuk di kalangan rakyat Malaysia. Tenaga kerja mahir dan
berpengetahuan tinggi merupakan cutting edge kepada daya saing negara. Dalam hal ini kerajaan akan mengambil langkah
holistik bagi memperkukuhkan sistem pendidikan dan latihan bermula daripada
pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi. Di samping menyediakan infrastruktur
pengajaran dan pembelajaran yang terbaik, kerajaan juga akan pastikan kualiti guru dan tenaga pengajar mencapai
tahap yang sewajarnya.”
Ucapan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Dewan Rakyat Rancangan Malaysia ke
10, (2011-2015)
PERANCANGAN KE ARAH GURU YANG BERKUALITI
Dalam usaha untuk
mencapai tahap guru berkualiti satu usaha yang yang komprehensif dan berterusan
perlu dilaksanakan tanpa jemu dan dengan penuh gigih melalui suatu perancangan
yang teliti serta berstrategik diperingkat IPG Kampus Kota Bharu.
Sebagai seorang Pensyarah Cemerlang sains di Jabatan Sains saya telah
memainkan peranan bagi menjayakan misi Kementerian Pelajaran Malaysia di
Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kota Bharu dengan cara dan pendekatan
yang tersendiri. Saya telah berusaha dengan sedemikian rupa untuk meningkatkan
kualiti diri saya sebagai seorang pensyarah bagi membolehkan saya melaksanakan
pendidikan yang lebih berkesan serta dapat mengembangkan potensi pelajar ke
tahap yang optimum bagi membolehkan mereka bertindak sebagai modal insan yang berguna untuk pembangunan
negara. Semua yang telah saya lakukan dapatlah digambarkan melalui kerangka seperti
berikut:
Rajah 1 :
Enam usaha yang dilaksanakan kearah pengembangan
Kualiti Diri Guru
1. HUBUNGAN
DENGAN ALLAH – Kehidupan beragama
Tidak boleh dinafikan lagi kualiti diri seseorang insan itu bergantung
kepada sejauh
mana hubungannya dengan Allah s.w.t. yakni kehidupan beragama. Kejayaan yang
hakiki setiap insan itu bukanlah terletak pada pangkat, kekayaan dan rupa paras
tetapi terletak kepada sejauh mana kita boleh taat perintah Allah ikut sunnah
Rasulullah s.a.w.
Kita kadang-kadang keliru dan tidak ambil berat tentang pekara-pekara ini walaupun
ianya telah sedia ada dan dinyatakan dengan jelas dalam sistem pendidikan di negara
kita. Dalam Rukun Negara sendiri telah menegaskan tentang kepercayaan kepada
tuhan;
”Kepercayaan kepada
Tuhan
Kesetiaan kepada
Raja dan Negara
Keluhuran
Perlembagaan
Kedaulatan
Undang-Undang
Kesopanan dan
Kesusilaan”
(Rukun Negara)
Dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi penekanan tehadap mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani (JERI) juga berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Dalam Model konseptual Bahagian
Pendidikan Guru mengutamakan akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama iaitu
kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan.
Rajah
2 : Model Konseptual Bahagian
Pendidikan Guru
Untuk memenuhi tuntutan yang berkaitan dengan ketuhanan saya bersama pihak
pengurusan IPG Kampus Kota Bharu menganjurkan aktiviti peningkatan ilmu,
penghayatan dan menggalakkan amalan individu sebagai insan yang percaya dan
patuh kepada ajaran agama. Setiap individu itu tidak akan betul dengan masyarakat
di sekelilingnya jika hubungan dirinya dengan Allah s.w.t. tidak baik.
Hubungan baik
perlu dibina bukan sahaja dengan Allah tetapi juga dengan manusia di sekeliling
kita sebagaimana yang ditegaskan oleh Allah s.w.t. dalam surah Al-’Asr yang
maksudnya;
”Demi masa sesungguhnya
manusia itu berada dalam kerugian, melaikan mereka-mereka yang beriman, beramal soleh, berpesan dengan pekara-pekara
yang hak dan berpesan dengan kesabaran”.
(Surah Al-’Asr)
Berdasarkan kesedaran terhadap pentingnya hubungan dengan Allah s.w.t.
dalam pembentukan guru yang berkualiti dan dapat digunakan dalam mendidik
pelajar, saya sentiasa berusaha dalam meningkatkan iman dan amal saya sendiri ke
tahap yang terbaik. Saya telah mengikuti kursus, bengkel serta seminar yang berkaitan dengan
usaha mendalami pengetahuan agama. Saya
telah menghadiri seminar yang di anjurkan oleh Institut Kefahaman Islam
Malaysia yang bertajuk ” Penguasaan
sains sebagai suatu kefarduan: ke arah penyuburan budaya ilmu yang Islami”.
Untuk merealisasikan pekara-pekara di atas terhadap pelajar serta guru
pelatih di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu saya telah berusaha untuk
mendekatkan mereka semua dengan pelbagai aktiviti keagamaan yang berpusat di
masjid. Pertamanya saya berusaha untuk menghidupkan sembahyang secara berjemaah
di masjid. Saya yang telah dilantik sebagai pemantau kepada Jabatan Hal Ehwal
Pelajar mengesyorkan tentang pekara ini dalam mesyuarat dan telah dipersetujui.
Satu jawatankuasa khas telah di bentuk untuk mengumarahkan masjid As-Solihin
(Masjid IPG Kampus Kota Bharu) dan saya sendiri telah dilantik sebagai
pengerusinya. Aktiviti-aktiviti yang boleh menarik pelajar dan guru pelatih ke
masjid diatur dari masa kesemasa melalui keputusan mesyuarat. Semua aktiviti
adalah di bawah perancangan saya sendiri dengan kerjasama Ketua Jabatan Agama
dan Moral serta mendapat kebenaran pihak pengurusan IPG Kampus Kota Bharu.
Usaha ini dilakukan berdasarkan pemerhatian saya terhadap sambutan pelajar
bagi aktiviti sembahyang berjemaah adalah sangat kurang dan disamping itu
pelajar juga terlibat dengan berbagai salah laku. Sepanjang tahun 2008 saya
telah mengumpul maklumat terhadap kehadiran pelajar ke masjid untuk sembahyang
berjemaah dan juga keterlibatan pelajar dengan salah laku sebagaimana yang di
tunjukkan dalam jadual di bawah.
Jadual 1 :
Peratus kehadiran sembahyang berjemaah dan keterlibatan
pelajar dalam salah laku bagi tahun 2008.
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
April
|
Mei
|
Jun
|
Julai
|
Ogos
|
Sept
|
Okt
|
%Kehadiran Pelajar Sembahyang
berjemaah
|
1.5
|
2.0
|
1.7
|
1.8
|
2.1
|
1.5
|
1.9
|
2.0
|
1.8
|
1.5
|
% Keterlibatan pelajar dengan
salah laku
|
1.8
|
2.2
|
2.1
|
2.0
|
2.4
|
1.8
|
1.7
|
2.0
|
1.6
|
1.5
|
Setelah menganalisis data di atas
saya telah menyusun program bagi menarik pelajar untuk ke masjid bersembahyang
jemaah. Saya telah menyediakan jadual kehadiran pelajar dan merekodkan
kehadiran pelajar untuk sembahyang berjemaah. Pelajar yang tidak hadir dikumpul
dan diberi kesedaran melalui sesi penerangan oleh saya dan dibantu oleh
kaunselor IPG Kampus Kota Bharu serta pensyarah dari Jabatan Agama dan Moral.
Untuk mengukuhkan lagi kesedaran pelajar terhadap kepentingan sembahyang
berjemaah saya juga telah menyusun dan mengadakan aktiviti lain seperti
menganjurkan ceramah, forum, bengkel ibadah, qiamulai dimana saya sendiri
bertindak sebagai penceramah, panel forum, fasilitator dan juga imam qiamulai.
Aktiviti ini
telah dilaksanakan mulai Januari 2009 hingga sekarang. Analisis kehadiran
pelajar ke masjid untuk sembahyang berjemaah dan keterlibatan pelajar dengan
salah laku dikumpul dan hasilnya adalah seperti mana jadual di bawah.
Jadual 2 : Peratus kehadiran sembahyang berjemaah dan
keterlibatan
pelajar dalam salah laku bagi tahun 2009.
Bulan
|
Jan
|
Feb
|
Mac
|
April
|
Mei
|
Jun
|
Julai
|
Ogos
|
Sept
|
Okt
|
%Kehadiran Pelajar Sembahyang
berjemaah
|
3.0
|
4.1
|
4.0
|
4.5
|
3.8
|
3.5
|
3.8
|
4.0
|
3.8
|
3.4
|
% Keterlibatan pelajar dengan
salah laku
|
1.0
|
1.5
|
1.2
|
0.6
|
0.4
|
1.1
|
0.7
|
0.5
|
1.0
|
0.5
|
Daripada data yang diperolehi saya
telah berjaya meningkatkan bilangan pelajar yang ke masjid untuk mengikuti
sembahyang berjemaah disamping itu pelajar yang terlibat dengan salah laku pula
didapati semakin berkurangan. Ini menunjukkan aktiviti sembahyang berjemaah, ceramah,
forum, bengkel ibadah, dan qiamulai telah dapat meningkatkan hubungan dan
keyakinan pelajar terhadap Allah s.w.t. Dengan ini juga telah membuktikan
elemen pertama dalam meningkatkan kualiti diri guru iaitu dari aspek ketuhanan
dan kerohanian telah dapat dibina dalam kalangan pelajar. Semua ini telah menyumbang
kearah penyediaan modal insan yang berguna untuk pembangunan negara.
2. KEPAKARAN DAN BERPENGETAHUAN DALAM BIDANG
Pendidik adalah
pemimpin, pemikir, penjelas nilai, intelektual dan pengurus ilmu untuk
memartabatkan profesion keguruan, serta membetulkan tanggapan masyarakat
terhadap dunia pendidikan tanpa memfiksyenkannya. Pendidik juga merupakan agen
atau sebagai mekanisma mencipta pengetahuan (creation of knowledge) dan
mencipta kebaikan (creation of goodness) untuk pelajar di bawah tanggungjawabnya.
Ahli psikologi
Barat pernah membuat analogi seorang guru yang pintar dan proaktif ibarat
‘walking dictionary’ kerana peranannya memberi arah kepada orang yang ingin
bertanya sesuatu. Pendidik juga perlu membudayakan ilmu untuk disumbangkan kepada
pelajar serta guru pelatih dan untuk ini saya telah berusaha dan proaktif dalam
pembudayaan ilmu di peringkat diri saya dengan mengamalkan budaya membaca.
Saya telah mula
mengamalkan budaya membaca ini semenjak saya mula bertugas di IPG Kampus Kota
Bharu iaitu mulai tahun 1987. Saya lakukan ini dengan tekat untuk sentiasa
menambahkan ilmu khususnya dalam bidang sains. Saya sentiasa berusaha untuk
meningkatkan prestasi budaya membaca dengan membuat perancangan yang berjadual
dan bersistematik. Peringkat awalnya saya akan menyelesaikan pembacaan sebuah
buku dalam masa seminggu dan
membentangkan kepada pelajar saya dihari terakhir minggu berkenaan. Buku
yang saya baca adalah yang berkaitan dengan sukatan pelajaran yang saya
sampaikan kuliah dalam semester itu dan
juga buku-buku lain yang boleh membantu meningkatkan ilmu pengetahuan bukan
sahaja berkaitan dengan sains
tetapi tentang pedagogi. Semasa saya membentangkan isi
kandungan buku tersebut saya juga menyatakan dan membuktikan tentang pentingnya
kita membuat rujukan terhadap banyak
buku bagi sesuatu tajuk. Sebagai contohnya, pendekatan seseorang penulis adalah
berbeza, ada yang senang difahami dan ada yang sukar. Isi kandungan sesuatu
tajuk juga mungkin berbeza, ada yang ringkas dan ada yang terperinci.
Setelah selesai satu
semester dan masuk kepada semester kedua
kumpulan berkenaan saya mula membuat jadual dan perancangan yang melibatkan
pelajar juga membaca dan membentangkan hasil pembacaannya. Situasi yang sama
saya laksanakan untuk semester-semester yang berikutnya.
Saya dapati apa
yang saya laksanakan ini sangat membantu meningkatkan prestasi pelajar dalam menguasai
ilmu dan lebih kreatif dalam melaksanakan tugasan yang diberikan kerana mereka
tiada masalah untuk membuat rujukan dan memilih buku yang sesuai. Saya juga
merasai pelajar seronok dengan pendekatan yang telah saya laksanakan dalam
budaya membaca. Situasi ini tentunya boleh membantu mengembangkan potensi
mereka ketahap yang optimum sebagai bakal guru yang berkualiti dan seterusnya
dapat membantu dalam pembangunan negara.
3. PENYELIDIKAN DAN PENULISAN ILMIAH
Penyelidikan adalah perlu dilaksanakan kerana ianya dapat
membantu seseorang guru itu mendalami dan meningkatkan pengetahuan dalam bidang
ilmu masing-masing. Penulisan juga akan dapat membantu dalam proses penyebaran
ilmu yang ada pada seseorang ilmuan kepada masyarakat di sekelilingnya.
Saya telah mencadangkan
dan melaksanakan usaha penyelidikan di
IPG Kampus Kota
Bharu kerana pertamanya kita harus menyempurnakan tugas
IPG Kampus Kota
Bharu sebagai pusat pendidikan tinggi.
Penyelidikan
dan pembangunan di IPG Kampus Kota Bharu
mencorak :
(a) landasan penyelidikan asas yang menerobosi
perbatasan ilmu.
(b) arus
penyelidikan yang bersifat strategik, gunaan dan komersial.
Saya telah cadangkan dan pastikan penyelidikan diterima
dan dirujuk oleh
rakan sekepakaran, sehingga layak diiktiraf di peringkat
antarabangsa (sekurang-
kurangnya dalam bidang yang tertentu). Rakan sekepakaran
di sini bermaksud
mereka yang pakar atau yang menguasai bidang yang sama,
tidak kira sama ada
mereka ini dari dalam atau luar negara.
Saya telah cuba
mempastikan penyelidikan harus memberi manfaat kepada peranan yang tersenarai di atas bagi IPG Kampus Kota Bharu sebagai pusat
pendidikan tinggi. Manfaat terakhirnya
ialah penyelidikan itu harus mengerakkan revolusi ilmu atau perjuangan
paradigma yang selaras dengan falsafah pendidikan negara. Dalam masa yang sama, manfaat penyelidikan
itu dapat memberi sumbangan yang bererti kepada proses melahirkan modal insan yang
berguna kepada pembangunan negara.
Hasil Penglibatan
saya dalam penyelidikan dan seminar penyelidikan setakat ini adalah seperti
yang disenaraikan di bawah:
1. ”Tinjauan terhadap pelaksanaan
pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran
pembelajaran sains oleh guru-guru sains sekolah rendah Negeri
Kelantan”.
-Di
bentang diSeminar Penyelidikan Pendidikan 2001 anjuran bersama IPG
Kampus
Kota Bharu dan Bahagian Pendidikan Guru.
2. ”Kajian
tahap pengetahuan tentang kemahiran proses sains dalam kalangan guru pelatih
pengajian sains ambilan Januari 2001”.
-Di bentang dalam wacana penyelidikan pendidikan 2002 anjuran bersama IPG
kampus Kota Bharu dan Bahagian Pendidikan Guru.
3. ”Kesediaan
guru pelatih opsyen sains mengajar sains dalam Bahasa Inggeris”.
4. ”Persepsi guru pelatih KPLI sains IPG
Kampus Kota Bharu terhadap
Bahasa
Inggeris dalam sesi pengajaran sains”.
-Di bentang pada seminar penyelidikan pendidikan peringkat zon timur tahun
2005.
5. ”Meningkatkan
kefahaman kemahiran proses sains dalam
membuat hipotesis untuk murid tahun enam SK Kuala Sungai”.
-Dibentang
pada Seminar Penyelidikan Pendidikan 2006 anjuran BPG dan
IPG
Kampus Kota Bharu.
6. ”Penggunaan pendekatan konstruktivisme
dalam meningkatkan kemahiran
proses
sains murid tahun enam melalui teknik simulasi” – Kajian Tindakan
(2006).
7. ”Meningkatkan Kemahiran Membimbing Guru
Pelatih KPLI Sains Secara
Berkala
Dalam Melaksanakan KKBI” – Kajian Tindakan (2006).
8. ”Kesan Penggunaan Kemahiran Teknik
Penyoalan Secara Inkuiri Dalam
Pengajaran
Terhadap Penguasaan Kemahiran Proses Sains Bersepadu Di
Kalangan Murid Tahun Lima” – Kajian Jabatan Sains
2006.
9. ”Kesediaan Pelajar Dari Segi Kognitif
untuk Penerusan Kejayaan dalam
Penguasaan Konsep Sains dan Kemahiran Proses Sains di kalangan Pelajar
Sekolah Menengah” – Kajian Jabatan Sains 2007 dan dibentangkan pada Seminar Penyelidikan Pendidikan peringkat kebangsaan 2008.
10. Kemahiran
Proses Sains Guru Pelatih Kursus Perguruan Lepasan Ijazah dalam Pengajaran
Sains semasa Praktikum: Satu Kajian Kes.
-Kajian
di bawah pemantauan khas Bahagian Pendidikan Guru, Tahun 2008.
Diantara sembilan penyelidikan yang telah saya laksanakan penyelidikan yang
keenam iaitu ”Penggunaan pendekatan konstruktivisme dalam meningkatkan
kemahiran proses sains murid tahun enam melalui teknik simulasi” – Kajian
Tindakan (2006), memberi impak yang cukup jelas. Dalam tiga fasa yang
dilaksanakan dapat dilihat peningkatan penguasaan pelajar tahun 6 di Sekolah
Kebangsaan Chiku 7, Gua Musang dalam mata pelajaran sains. Keputusan UPSR 2006
membuktikan peningkatan iaitu daripada 61 orang yang menduduki peperiksaan 2 orang telah mendapat 5A. Pada tahun sebelumnya
tiada seorang pun yang mendapat keputusan 5A dan puncanya kerana ramai calon
mendapat keputusan yang rendah dalam matapelajaran sains. Ini berlaku kerana
pelajar tidak dapat menguasai kemahiran
proses sains.
Saya dapati hasil kajian yang saya telah laksanakan cukup memberangsangkan
dan bermanafaat untuk meningkatkan kualiti diri sendiri dan juga peserta
seminar atau individu yang meneliti hasil kajian saya. Kepada pelajar saya,
perbincangan yang terperinci dilaksanakan untuk mereka dapat menghayati dan
mengambil manfaat daripada hasil kajian saya yang sememangnya berkaitan dengan
masa depan mereka sebagai seorang guru. Bagi mereka yang di semester akhir
(semester lapan) telah menjadikan hasil kajian saya sebagai panduan untuk
melaksanakan kajian tindakan yang menjadi tugasan terakhir mereka.
Dalam pengamatan saya semasa menjadi penilai pembentangan hasil kajian
tindakan bagi pelajar semester akhir Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan
(PISMP) sains, saya dapati satu peningkatan ketara yang telah mereka tunjukkan.
Mereka dapat menghasilkan satu kajian tindakan berkualiti semasa mereka
menjalani praktikum di sekolah.
Dengan ini saya dapat rumuskan bahawa segala contoh dan bimbingan yang saya
telah berikan berkaitan dengan penyelidikan dan penulisan ilmiah telah dapat
membantu pelajar saya meningkatkan prestasi mereka ketahap optimum sebagai guru
berkualiti yang boleh menyumbang dalam pembangunan negara tercinta.
4. PERSONALITI DAN KESIHATAN
UNGGUL GURU
Kesihatan
boleh didefinasikan sebagai kesihatan tubuh kasar dan juga diri batin atau
rohani. Untuk menjadi seorang guru yang berkualiti pastinya mempunyai tahap kesihatan dan personaliti yang
tinggi. Seseorang itu tidak akan dapat berfikir dengan baik jika dirinya berada
dalam keadaan tidak sihat. Kata orang; ”Otak yang cergas bermula daripada badan
yang sihat”. Orang yang berpenyakit darah tinggi biasanya bersifat panas barang
manakala orang mengidap kencing manis biasanya fikiran tidak menentu. Sifat
atau gejala penyakit seperti ini tentunya akan merendahkan kualiti diri guru.
Diatas kesedaran inilah saya
sentiasa berusaha menjaga kesihatan diri sama ada kesihatan fizikal dan juga
rohani. Pekara yang sama saya telah laksanakan kepada pelajar serta warga IPG
Kampus Kota Bharu melalui aktiviti-aktiviti yang menitik beratkan kesihatan diri
sama ada fizikal dan rohani. Saya telah dijemput menyertai seminar dan program
ceramah ajuran dalaman dan juga anjuran pihak luar. Tajuk utama ceramah yang
saya berikan adalah merupakan satu inovasi saya yang bertajuk ”Mengenal Diri
secara Saintifik” dan hubungannya dengan penjagaan kesihatan diri sama ada
fizikal dan rohani. Tajuk yang kedua adalah ”Diri Insan dan Konsep Vital Force”
yang banyak memberikan kesedaran tentang pentingnya kesihatan fizikan dan
kesihatan rohani dalam kehidupan terutamamanya untuk menjadi seorang guru yang
berkualiti.
”Vital Force” atau Tenaga Hayat adalah merupakan sebagai penghubung
atau sendi antara Jasad ( Tuboh Kasar ) dengan Qalbu/Diri batin.
”Vital Force” atau Tenaga Hayat juga dapat dikaitkan dengan iman.
Petunjuk dari Allah s.w.t yang disampaikan oleh Nabi Muhamad s.a.w. dengan tegas menunjukkan iaitu manusia yang
hidup di alam ini sentiasa dalam kerugian kerana amalan-amalan mereka yang
tidak sihat dan tidak mendatangkan kebaikan kepada diri mereka sendiri, malah bertentangan
dengan sunnah wujudnya manusia itu yang asalnya dicipta dalam bentuk yang amat
baik, kecuali mereka yang beriman dan melakukan amal salleh.
Dengan ini jelas kepada kita bahawa yang menjadi asas kepada kehidupan
manusia, jika ingin hidup sihat dan selamat ialah Iman dan amal salleh. Beriman
kepada Allah menjadi faktor utama dalam kehidupan orang Islam iaitu benar-benar
berserah kepada Tuhan dan tidak mensyarikatkan Allah s.w.t serta melaksanakan
perintah-perintahNya. Orang yang beriman kepada Allah akan memelihara imannya
supaya sentiasa dalam keadaan sihat dan seterusnya akan melahirkan
amalan-amalan yang baik menurut kehendak Allah s.w.t. Kekuatan iman akan
membawa kepada kesedaran atas rahmat dan nikmat yang dianugerahkan oleh Allah
s.w.t kepadanya dan dengan sendirinya ia akan menghargai dirinya, berkelakuan
baik, moral yang sihat seterusnya barulah amalan pun turut sama sihat.
Ketipisan dan kelemahan iman atau kepercayaan adalah satu tenaga negatif
yang akan membawa kepada pelanggaran sunnah dan perintah-perintah Tuhan dan
akhirnya akan mendorong kepada mempersekutukanNya. Dengan ini luput dan
rosaklah kesihatan dan mulalah pelbagai jenis penyakit bermaharajalela. Mereka
akan melakukan perbuatan-perbuatan yang buruk dan hina dimana akan melahirkan
pula akhlak yang buruk. Mereka akan memakan makanan yang ditegah atau yang
diharamkan oleh Allah s.w.t dan seterusnya jasad yang sihat akan berubah
menjadi berpenyakit..
Kesan daripada apa yang telah saya
usaha dan perkenalkan tentang penjagaan kesihatan dapat dikesan dengan wujudnya
program-program yang dianjurkan oleh pihak yang berkaitan di IPG Kampus Kota
Bharu untuk menjaga kesihatan dan kecergasan fizikal serta kesihatan
kerohanian.
Sebagai rumusannya kesihatan adalah
merupakan faktor penting dalam memastikan kualiti diri seorang guru. Guru yang
mempunyai kesihatan fizikal dan kerohanian yang tinggi akan dapat meyumbangkan
peranan sebagai pendidik yang berkesan dan
membantu dalam melahirkan modal insan untuk pembangunan negara.
5. SUMBANGAN KEPAKARAN
Setiap
pensyarah di Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu mempunyai kepakaran
dalam bidang masing-masing. Sudah menjadi tanggungjawab masing-masing untuk
menyebar luas ilmu atau kepakaran itu melalui apa cara atau kepada siapa hendak
disampaikan. Pekara seperti ini tentunya lebih jelas dan tertumpu terhadap diri
saya yang telah dikenali sebagai Pensyarah Cemerlang. Sumbangan kepakaran yang
telah saya laksanakan adalah seperti berikut;
5.1
Kepakaran dalam mata pelajaran
Sebagai
seorang pensyarah senior dan pensyarah cemerlang sains di IPG Kampus Kota Bharu
saya merupakan tempat rujukan utama
dalam bidang sains. Saya memberi kuliah untuk Kursus Perguruan Lepasan Ijazah
(KPLI), Persediaan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PPISMP) dan Program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (PISMP).
Sebagai bukti pengikirafan terhadap
kepakaran dalam bidang sains yang ada pada saya pihak pengurusan IPG Kampus
Kota Bharu telah menggunakannya dalam program-program yang boleh mendidik
pelajar dan guru pelatih ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. Sebagai
contohnya saya telah dilantik mengendalikan minggu sains, penyelaras taman
sains dan makmal sains, dan penyelaras mata pelajaran sains di bawah program
khas IPG Kampus Kota Bharu.
Sebagai Pensyarah Cemerlang saya juga banyak membantu dan bertanggungjawab
dalam membimbing pensyarah lain khususnya dalam bidang sains serta dalam
pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran. Dalam penghasilan modul pembelajaran,
saya banyak memberikan sumbangan sama ada di peringkat IPG dan diperingkat Bahagian
Pendidikan Guru (BPG). Sebagai Penyelaras Program Kursus Pendek Kelolaan
Institut (KPKI), saya banyak terlibat dalam memberi ceramah dan facilitator
kursus yang diperlukan diperingkat sekolah rendah, menengah serta PPD dan JPN
.Saya juga telah memberi sumbangan sebagai penceramah Kursus Penilaian Tahap
Kecekapan (PTK) untuk pegawai perkhidmatan pelajaran siswazah DG 44, DG 48
dibawah tajuk ”Pengajaran dan Pembelajaran Yang Berkesan”.Yang terkini
sumbangan saya adalah sebagai fasilitator Kursus Orientasi Guru Cemerlang
Peringkat Zon Timur Siri 1,2 dan 3 di Bukit Keluang Beach Resort Besut,
Terengganu.
Pada 18 Julai 2010 saya bersama Ketua Jabatan Agama dan Moral telah
menganjurkan Forum Israk Mikraj di Dewan Wawasan kepada seluruh warga IPG
Kampus Kota Bharu. Forum Israk Mikraj ini adalah lebih berfokus kepada
pandangan sains. Saya sendiri adalah salah seorang daripada ahli panel dan
moderator. Dalam Forum itu saya banyak
membawa peserta ke arah memahami perkaitan diantara ilmu sains dengan Israk
Mikraj. Saya menceritakan tentang konsep tenaga hayat, kelajuan Borak dan
perbandingannya dengan halaju cahaya, konsep dimensi iaitu alam tiga dimensi
(alam nyata), alam ghaib, Alam Malakut, Alam Lahut, Alam Jabarut dan konsep meta
fizik serta fungsi ruang dan masa
(time and space).
Semasa sesi soal jawab saya mendapat
maklum balas yang menggambarkan peserta forum telah mula memahami bahawa adanya
perkaitan diantara ilmu sains dengan Islam. Ilmu sains sebenarnya dapat membenarkan
atau membuktikan betapa idealnya Islam dan betapa agongnya Allah s.w.t. yang
mencipta alam serta makluk di dalamnya.
Kefahaman ini
juga menggambarkan berlakunya peningkatan dalam kefahaman tentang kehidupan
beragama yang tentunya akan meningkatkan kualiti seseorang individu, apatah
lagi seorang guru yang berguna dalam membantu pembangunan negara.
5.2
Kepakaran dalam penyediaan soalan
Sepanjang
saya menjadi pensyarah di IPG Kampus Kota Bharu saya banyak terlibat dalam
penyediaan soalan sama ada di peringkat IPG Kampus Kota Bharu dan juga
diperingkat IPG induk / Bahagian Pendidikan Guru. Sebagai penyarah senior dan
pensyah cemerlang di Jabatan Sains dan juga di IPG saya dilantik sebagai pengerusi penggubalan
soalan. Bagitu juga penggubalan di peringkat induk saya juga selalu terlibat
untuk menjadi pengerusi penggubalan soalan bagi mata pelajaran sains..
Pengalaman dan ilmu yang saya
perolehi semasa penyediaan ini saya sebar luaskan kepada pelajar saya kerana
ianya adalah salah satu ilmu yang perlu dalam peningkatan kualiti sebagai
seorang guru.
5.3
Kepakaran dalam pemeriksaan skrip jawapan
Saya juga
terlibat dalam pemeriksaaan skrip jawapan sama ada di peringkat IPG Kampus Kota
Bharu dan juga diperingkat IPG induk / Bahagian Pendidikan Guru. Dalam urusan
pemeriksaan skrip jawapan ini saya selalunya dilantik sebagai pengerusi. Segala
pengalaman yang saya perolehi ini juga saya curahkan kepada pelajar saya demi
untuk peningkatan kualiti dirinya sebagai seorang guru.
5.4
Kepakaran dalam pedagogi / pengajaran dan pembelajaran.
Demi untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai Pensyarah Cemerlang
berbagai aktiviti dan program telah saya rancang dan laksanakan selain memberi
kuliah bagi kumpulan yang dijadualkan.
Selain meningkatkan kemahiran dalam isi pelajaran dalam sains khususnya
dalam bidang kimia (chemistry) saya juga mendalami dalam ilmu pedagogi iaitu
pedagogi / pengajaran dan pembelajaran sains. Pendekatan konstruktivisme dalam
pengajaran dan pembelajaran saya telah perolehi semasa berkursus selama sebulan
di ’University of Iowa’ Amerika Syarikat. Pendekatan baru dalam pengajaran dan
pembelajaran yang lain seperti pembelajaran kontektual , pembelajaran masteri
dan pembelajaran koperatif saya perolehi semasa berkursus beberapa kali di RECSAM.
Segala kepakaran dalam pedagogi yang saya ada saya telah sampaikan dan
terjemahkan dalam bentuk yang terbaik kepada pelajar atau guru pelatih.
Saya
dapat kesan dengan jelas kejayaan usaha saya ini untuk melahirkan guru-guru
yang berkualiti dan berwibawa semasa mereka menjalani praktikum.
Bilangan guru pelatih sains yang mendapat cemerlang dalam praktikum telah
meningkat dengan mendadak. Dengan kejayaan
seperti ini saya penuh yakin modal insan yang berpotensi tinggi dapat
dilahirkan dan seterusnya akan membantu dalam pembangunan negara.
6. INOVASI /
PENEMUAN BARU
6.1 ‘Vehicle Ventilator system’
‘Vehicle Ventilator system’ adalah satu alat yang boleh membantu
mengelakkan kereta yang ditinggalkan di panas matahari tidak terasa panas
kerana alat ini secara automatik akan menyedup keluar udara panas di dalam
kenderaan yang dipasang atau dilengkapkan dengannya.
Alat ini telah saya reka dengan bantuan lima orang Pelajar PISMP. Kami
terpanggil untuk melaksanakan kajian untuk mereka alat ini kerana setakat ini
kebanyakan kereta di Malaysia tidak dilengkapi dengan alat seperti ini. Kami
dapati juga alat seperti ini tiada di pasaran.
Pada permulaan kami mensasarkan alat ini kepada pengguna kereta kerana
hampir 58% orang dewasa di Malaysia memiliki kereta. Walaubagaimanapun alat ini
boleh diubahsuai untuk kegunaan kenderaan lain seperti Van, lori atau treller
(lori yang besar).
Kami penuh yakin dengan terhasilnya alat baru ini, dunia automobil Malaysia
akan mengalami satu impak yang baru dan akan mendapat sambutan yang baik dan
akan menguntungkan syarikat yang akan mengusaha dan memasarkannya.
Dengan inovasi ini kami telah menyertai
pertandingan sempena sambutan Hari Harta Intelek Negara 2007 (HHIN ’07)
yang berlangsung pada 26 hingga 29 April 2007 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur
(KLCC).
Walaupun tidak mendapat tempat yang
baik dalam pertandingan itu pelajar saya yang terlibat mendapat manafaat
daripada pengalaman yang dilalui dan berguna
untuk menikatkan kualiti diri seorang bakal guru.
6.2 Mengenal Diri secara saintifik.
Satu inovasi saya yang menggunakan peta konsep yang dihasilkan berasaskan sintesis beberapa bidang ilmu yang
berkaitan dengan manusia dan agama.
Peta konsep ini saya
gunakan untuk menjelaskan tentang kehidupan manusia dari aspek rohani dan jasmani
serta perkaitannya dengan amal agama sesuai dalam usaha pembentukan insan kamil
atau modal insan yang sempurna.
Rajah 4 :
Rangka Konsep Manusia
Penerangan yang terperinci telah
saya laksanakan kepada guru pelatih dan juga rakan pensyarah didalam ceramah,
kuliah dan seminar di IPG Kampus Kota Bharu . Saya juga menggunakan inovasi ini
semasa memberi ceramah di luar IPG yakni di sekolah, JPN atau IPG lain.
Perubahan saya dapat kesan terhadap
masyarakat di IPG Kampus Kota Bharu terhadap inovasi yang telah saya
perkenalkan. Ini terbukti ramai yang datang berjumpa dengan saya untuk bertanya
dan memahami dengan lebih jauh dan lebih jelas. Ini juga sebenarnya boleh
membantu peningkatan dalam kualiti kehidupan manusia.
Kesimpulan
Pendidikan merupakan salah satu faktor utama dalam membangunkan modal
insan dan mencapai Misi Nasional. Guru adalah yang memainkan peranan penting
bagi memastikan kejayaan ini. Justeru itu guru perlu memahami, memberi komitmen
serta mempunyai iltizam yang tinggi dalam melengkapkan diri berkualiti ke arah
usaha meningkatkan kualiti pendidikan. Dengan kata lain guru perlu sentiasa
berusaha mencapai tahap kecemerlangan tertinggi.
Guru berkualiti ialah guru yang memiliki nilai
kualiti diri unggul sebagai penyampai ilmu, sebagai penyemai nilai luhur,
pembimbing, penunjuk ajar dan pemberi pedoman hidup serta yang paling penting
dan berkesan sebagai contoh teladan kepada murid. William A.
Ward menjelaskan, ”the mediocre teacher
tells. The good teacher explains. The superior teacher demonstrate. The great
teacher inspires ”.
Sebagai rumusannya dapatlah ditegaskan bahawa ke
enam-enam usaha yang telah saya usahakan dan sebagaimana yang di jelaskan di
atas, telah berjaya menjadikan saya sebagai seorang guru yang berkualiti dengan memiliki
ciri-ciri kepatuhan kepada tuhan, mempunyai kepakaran serta berpengetahuan
dalam bidang sains, melaksanakan penyelidikan serta penulisan ilmiah, mempunyai
personaliti serta kesihatan yang unggul, menyumbangkan kepakaran yang dimiliki
dan melahirkan inovasi serta penemuan baru.
Dengan memiliki kualiti ini telah membantu saya
untuk melaksanakan pengajaran dengan berkesan dan dapat mengembangkan potensi
pelajar-pelajar saya dalam aspek ketuhanan, kerohanian, budaya ilmu, pemikiran
yang positif, mengamalkan gaya hidup sihat, kreatif dan inovatif. Semua
elemen-elemen ini adalah penting dalam membangunkan modal insan dan diri
seseorang pelajar.
Daripada usaha-usaha ini juga saya dapati saya telah
berjaya mengembangkan potensi pelajar saya ke arah sebagaimana yang dikehendaki
untuk menyumbang kepada pembangunan negara.
Bibliografi
Akta Pendidikan 1996, International
Law Book Service, Kuala Lumpur, 1998
AI. Ramalah. 1992. Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa
Kini. Petaling Jaya:
IBS
Buku Sdn.Bhd.
Alvin Toffler, 1991. Kejutan Masa Depan. Kuala
Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka.
B.J. Hodge, W.P. Anthony. Lawrence Gale. 1996. Organization Theory: A
Strategic Approach. 5 th Edition. London: Prentice Hall
Inc.
Hussein Mahmood.1993. Kepemimpinan
dan Keberkesanan Sekolah. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar
Pelajaran. 1982.
Kuala
Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.
Montimer J. Adler, 1991. Reformasi Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Nik Aziz Nik Pa. 1990. Program Pendidikan Pelajar
Pintar Cerdas: Teori dan Praktis. Kajang: Institut Pengajian Ilmu-Ilmu
Islam.
Omar Mohd. Hashim. 1991. Pengisian Misi Pendidikan.
Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Penyelidikan Pendidikan Ke arah Kecemerlangan. Prosiding
Seminar
Kebangsaan Penyelidikan Pendidikan
1994. 1995. Anjuran Jawatan-kuasa Penyelarasan Pendidikan. Malindo Printers
Sdn. Bhd. Shah Alam:
Kementerian Pendidikan Malaysia.
Rancangan Malaysia ke-9, Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006 – 2010.
Edisi Pelancaran PIPP 2006.
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Ucapan Perdana Menteri YAB Dato’ Seri Abdullah Ahmad
Badawi Semasa
Membentang Usul Mengenai Rancangan
Malaysia Ke Sembilan,
2006 – 2010 di Dewan Rakyat pada 31
Mac 2006.
Ucapan
Y.A.B. Perdana Menteri dalam Forum Dialog Majlis Tindakan Ekonomi
Negara pada 13 Januari 2004
Ucapan oleh Y.A.B. Perdana Menteri di Dewan Rakyat
Rancangan Malaysia
ke 10, (2011-2015)
Wawasan 2020: Penjelasan dan Strategi Pelaksanaan
Sembilan Cabaran.
Cetakan Pertama 1995. Jabatan
Perkhidmatan Penerangan Malaysia.
Kuala Lumpur: Kementerian Penerangan.
Guru yang berdedikasi merupakan guru yang menitikberatkan prihal anak murid dan pelajarnya dengan sebaik mungkin.Walhal ia secara tidak langsung mencerminkan diri guru dan nilai murni dalam diri guru.
ReplyDelete