Oleh
Hj Zohari Muda
Pensyarah Cemerlang
Sains
Mohammad Shukeri Hamzah
Ph.D
Jabatan Sains
Institut Pendidikan Guru
Kampus Kota Bharu,
Pengkalan Chepa,
Kelantan.
Tahun 2011
PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN SAINS
MEMUPUK PENCAPAIAN DALAM
BIDANG SAINS PELAJAR PRIBUMI:
KAJIAN KES DI SK ORANG
ASLI GUA MUSANG, KELANTAN
Oleh
Hj Zohari Muda1,Mohammad Shukeri Hamzah2
Institut Pendidikan Guru Kampus Kota Bharu
ABSTRAK
Kajian ini adalah
untuk melihat hubungan antara
persekitaran pembelajaran sains serta pemupukan minat murid dalam bidang sains
dengan pencapaian murid dalam subjek sains di SK Kuala Betis, Gua Musang
Kelantan.Setelah Persekitaran Pembelajaran sains di perkenalkan prestasi
matapelajaran sains memperlihatkan kenaikan sebanyak lapan peratus bagi ujian
ULBS, manakala peningkatan sebanyak 13 peratus dalam ujian UPSR.Bagi pemupukan
minat pula didapati 78% pelajar semakin minat terhadap matapelajaran sains
setelah diperkenalkan Program Persekitaran pembelajaran Sains manakala program Sudut
Sains serta bicara Tokoh Sains adalah antara program yang paling diminati.
Kata Kunci: hubungan persekitaran
pembelajaran sains,pemupukan minat,pencapaian sains
0.0 PENDAHULUAN
Persekitaran pembelajaran yang kondusif
adalah satu daripada keperluan dalam mempastikan kecemerlangan pencapaian dalam
semua bidang akademik. Kajian ini adalah untuk
melihat hubungan antara persekitaran pembelajaran sains dengan pemupukan
minat murid dalam bidang sains di SK Kuala Betis, Gua Musang Kelantan.
Overview picture
1.0 LATAR BELAKANG
SK KUAL A
BETIS GUA MUSANG
IPG Kampus Kota Bharu telah memilih SK Kuala Betis Gua Musang, sebagai sekolah angkat
pedalaman. SK Kuala Betis adalah sebuah sekolah pesisir sungai yang terletak
kurang lebih 20 km dari bandar Gua Musang. Perjalanan dari Kota Bharu selama 3 jam
menaiki kereta, Ia nya telah ditubuhkan secara tidak rasmi sebelum tahun 1960
lagi hasil permuafakatan dikalangan pihak tertentu yang perihatin terhadap
kepentingan pendidikan.Era perubahan sekolah ini bermula pada 1 Januari 1985
apabila KPM mengambilalih sekolah dari JHEOA. Rata-rata populasi penduduk Kg Kuala
Betis dan sekitarnya yang menghantar anak mereka belajar di SK Kuala Betis Gua
Musang.Hingga hari ini 80% daripada murid murid sekolah ini terdiri daripada
murid Orang Asli bangsa Temiar dengan
tahap pendidikan ibubapa yang rendah. IPG Kampus Kota Bharu diamanahkan untuk
meningkatkan kecemerlangan akademik SK Kuala Betis, supaya ’Mahligai di dalam Rimba”
ini sama gah dengan sekolah-sekolah lain yang terletak di bandar.
2.0 PERMASALAHAN
KAJIAN
Pencapaian
murid di sekolah pedalaman adalah bergantung kepada para guru dan para guru di SK
Kuala Betis Gua Musang pula adalah terdiri dari para guru permulaan yang kurang
pengalaman dalam pengajaran. Sekolah pedalaman juga ketinggalan dari segi
kemudahan-kemudahan pembelajaran kondusif, khususnya dalam mata pelajaran
sains. Pencapaian mata pelajaran sains UPS R
di sekolah pedalaman adalah amat merosot, khususnya di pedalaman Negeri
Kelantan.
Selaku Pengkaji yang terlibat secara langsung dalam
meningkatkan kecemerlangan mata pelajaran sains di SK Kuala Betis Gua Musang,
saya telah berbincang dengan Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran (Akademik),
Ketua Panitia Sains dan guru mata pelajaran sains untuk mewujudkan satu
persekitaran pembelajaran sains secara komprehensif, kondusif dan menyeluruh
bagi mewujudkan minat belajar sains di kalangan para murid.
3.0 OBJEKTIF
KAJIAN
Objektif kajian ini adalah untuk ;
3.1 Melihat hubungan
antara Persekitaran Pembelajaran Sains dengan pencapaian murid dalam bidang sains UPSR SK Kuala
Betis Gua Musang.
3.2 Melihat hubungan
antara minat belajar sains di kalangan murid dengan pembentukan persekitaran
Pembelajaran Sains di SK Kuala Betis Gua Musang.
4.0 SOROTAN
LITERATUR
Mengikut Ismail Jusoh, dan Zuraida Ismail. (1996)
terdapat segelintir murid yang menggunakan alasan bahawa belajar itu amat sukar untuk difahami. Memang
betul dalam proses pembelajaran pelbagai kesukaran dan kesusahan akan dihadapi.
Menghafal sifir, menghafal formula, mengingati fakta, mencari bahan isi
karangan, melakar peta minda, menyelesai masalah matematik dan sebagainya
adalah sukar. Walau bagaimanapun murid-murid harus ingat apa sahaja yang
dilakukan itu sukar jika tidak dilatih dengan kaedah-kaedah tertentu. Seorang
anak kecil amat sukar untuk berjalan tanpa bimbingan dan kaedah yang tertentu
yang dilakukan oleh ibu bapa mereka.
Faktor masa
menurut Noor Anisah Mahmudin. (2000) juga penting kerana ianya berjalan dengan
begitu pantas tanpa disedari. Oleh itu rugilah bagi mereka yang tidak peka
terhadap perjalanan masa. Untuk mengelakkan kita menjadi rugi maka seseorang
murid harus membuat perancangan masa untuk mengatur aktiviti harian agar ia
dapat dipenuhi dengan lebih bermakna. Jadual waktu belajar di rumah, jadual
aktiviti kokurikulum, jadual untuk aktiviti rekreasi harus dibina, dipatuhi dan
dilaksanakan dengan sepenuhnya tanpa bertangguh-tangguh. Sifat
bertangguh-tangguh seperti bertangguh untuk membuat kerja rumah, bertangguh
untuk belajar, bertangguh untuk bertanya adalah diantara punca kepada
pembaziran masa. Akhirnya semua kerja tidak beres dan istilah kesuntukan masa
dijadikan alasan kegagalan dalam melaksanakan sesuatu tugasan.
Allah mencipta manusia untuk mencapai kejayaan. Oleh itu
sejak kecil kita dilahirkan sudah difitrahkan oleh Allah iaitu kebolehan atau
potensi untuk digunakan sebagai penentu kejayaan. Kebolehan dan potensi ini
harus diterokai, dicungkil dan diusaha dengan penuh keyakinan untuk mendapatkan
hasilnya Samsiah Shafii. (1999) Keyakinan merupakan tenaga dalaman yang mampu
menjana minda dan menggerak segala anggota untuk berusaha mencapai apa yang
diingini. Seseorang yang tidak yakin terhadap dirinya akan sentiasa mengalah,
tidak mahu mengambil bahagian secara aktif dalam sebarang aktiviti serta mudah
berputus asa, selalu meyindiri kerana beranggapan dirinya hina jika
dibandingkan dengan orang lain.
5.0 KERANGKA KONSEPTUAL KAJIAN
Kerangka Konseptual kajian adalah merujuk Rajah di bawah
yang melibatkan satu penggabungan antara pengajaran dan pembelajaran sains
secara formal dan tidak formal dalam mempastikan kecemerlangan mata pelajaran
sains di SK Gua Musang.
Rajah 7.0 : Kerangka Konseptual Kajian Persekitaran
Pembelajaran Sains,
SK Kuala
Betis Gua Musang
6.0 PERSEKITARAN
PEMBELAJARAN SAINS
Persekitaran Pembelajaran Sains (PPS )
ditakrifkan sebagai satu persekitaran dalam pengajaran dan pembelajaran sains
yang diwujudkan samada di sekolah atau di rumah bagi mewujudkan minat dan
motivasi para murid untuk belajar mata pelajaran sains secara tekun dan
bersungguh-sungguh dengan objektif akhirnya mencapai keputusan peperiksaan yang
baik.
Persekitaran Pembelajaran Sains seperti kemudahan Sudut
Sains, Taman Sains, Pusat Sumber Sains, Pusat Penerokaan Kendiri Sains (Self
Acess Learning), Klinik Sains, Bicara Tokoh Sains dan Bank Soalan Sains amat
kurang diberi perhatian di sekolah pedalaman. Pengajaran gurulebih bertumpu
kepada kaedah pengajaran berpabdukan buku teks semata-mata tanpa mengambil kira
faktor pesekitaran pembelajaran sains secara menyeluruh.
6.1 Sudut
Sains
Sudut Sains ialah satu sudut yang
disediakan di papan kenyataan belakang kelas dimanfaatkan dengan sumber-sumber
maklumat pembelajaran sains. Ruangan sudut Sains ini akan dipenuhi dengan
tampalan surat
khabar dan lain-lain bahan pembelajaran yang sesuai. Satu jadual bertugas
secara bergilir-gilir setiap minggu diwujudkan oleh guru sains kelas tersebut.
6.2 Taman
Sains
Taman Sains ialah taman herba dan flora
yang diwujudkan secara bersama-sama oleh murid dengan bimbingan guru sains dan
pekerja am sekolah. Taman Sains ini merupakan suatu taman rehat yang boleh
dimanfaatkan oleh murid pada waktu petang untuk mengulangkaji pelajaran.
6.3 Pusat
Sumber Sains
Pusat Sumber Sains merujuk kepada satu
sudut dalam Pusat Sumber SK Kuala Betis Gua Musangyang dikhususkan kepada
buku-buku sains yang meliputi buku-buku bacaan tambahan, buku-buku ulangkaji,
buku-buku soal jawab mata pelajaran sains. Sudut ini dilabelkan bagi menarik
minat para murid.
6.4 Pusat
Penerokaan Kendiri Sains
Pusat Penerokaan Kendiri Sains merupakan
satu pusat akses kendiri para murid menggunakan kemudahan computer dan jaringan
internet yang disediakan oelh pihak sekolah. Pusat ekses kendiri sains ini
berpusat di Makmal Komputer SK Kuala Betis Gua Musang. Para
murid dengan panduan para guru akan dididik untuk mengakses portal-portal
pendidikan sains yang bersesuaian bagi mencari informasi sains dan bagi menarik
minat mereka terhadap mata pelajaran sains.
6.5 Klinik
Sains
Klinik Sains merujuk kesediaan guru
meluangkan masa mereka pada waktu rehat selama dua hari seminggu iaitu pada
hari Isnin dan Rabu di kantin sekolah bagi menjawab semua soalan berkaitan
sains yang diajukan oleh murid.
6.6 Bicara
Tokoh Sains
Bicara tokoh sains ialah program
motivasi berterusan yang disediakan secara berkala dan berjadual dengan membawa
tokoh sains seperti penceramah sains, guru cememerlang sains dari Pejabat
Pendidikan Daerah atau jemputan khas yang dirasakan perlu dan sesuai. Program ini diadakan sebulan sekali dengan member fokus
kepada murid tahun 4, 5 dan 6. Antara tokoh yang dibawa ialah anak kelahiran Kg Kuala Betis yang menjadi
Jurutera di Kuala Lumpur, Pegawai Sains dari JPN dan juga pegawai sains dari PPD.
6.7 Bank
Soalan Sains
Bank Soalan Sains merujuk kepada koleksi
soalan-soalan UPSR mata pelajaran sains yang disediakan oleh Panitia Sains SK Kuala
Betis Gua Musang. Soalan ini dikumpulkan mengikut tahun dan juga melibatkan
soalan-soalan percubaan dari sekolah-sekolah elit di Kota Bharu dan di luar
Kelantan. Para murid tahun 5, boleh pada
bila-bila meminjam soalan-soalan tersebut untuk tujuan ulangkaji.
7.0 PRESTASI
2010 SEBAGAI SUATU PENILAIAN PROGRAM
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SAINS , SK Kuala
Betis GUA MUSANG
Prestasi
UPSR 2009 dijadikan sebagai prestasi asas dengan peratus kelulusan adalah
sebanyak 80 peratus. Setelah Persekitaran Pembelajaran Sains di perkenalkan,
prestasi UPSR 2010 memperlihatkan kenaikan sebanyak 13.3 peratus, kepada 93.3
peratus. Manakala keputusan 2011 diharapkan member keputusan yang lebih baik.
Tahun
|
A
|
B
|
C
|
Bilangan
Lulus
|
Bilangan
Gagal
|
Peratus
Lulus
|
Bilangan
Calon
|
2009
(Sebenar)
|
1
|
6
|
17
|
24
|
7
|
80.0
%
|
31
|
2010
(Sebenar)
|
1
|
12
|
15
|
28
|
2
|
93.3
%
|
30
|
2011
(Target)
|
11
|
7
|
13
|
31
|
0
|
100
%
|
31
|
JADUAL 1 : Keputusan
Mata Pelajaran Sains UPSR 2008 dan 2009,
SK Kuala Betis Gua Musang
Ujian Prestasi 2011
Prestasi Ujian 1 (ULBS) 2011 dijadikan sebagai prestasi
asas dengan peratus kelulusan adalah sebanyak 82 peratus. Setelah Persekitaran
Pembelajaran Sains di perkenalkan, prestasi Ujian 2(ULBS 2) 2011 memperlihatkan kenaikan sebanyak 8 peratus, kepada 90 peratus.
8.0 KAJIAN MINAT MURID
TERHADAP PEMBELAJARAN SAINS MELALUI
PROGRAM
PERSEKITARAN PEMBELAJARAN SAINS, SK GUA MUSANG
Sepuloh soalan
tentang minat pelajar terhadap mata pelajaran sains telah diajukan terhadap
murid tahun lima menggunakan skala likert dan didapati keputusan adalah seperti
dibawah
Minat
/ Sikap
|
Bilangan
Murid
|
Semakin
Minat
|
47
|
Sama
Sahaja
|
8
|
Bertambah
Berkurang Minat
|
2
|
Tidak
Pasti
|
3
|
JUMLAH
|
60
|
JADUAL 2 : Minat Murid Tahun Lima 2011
terhadap pembelajaran sains
kesan Program
Persekitaran Pembelajaran Sains
Berdasarkan kajian, semua murid menyatakan minat terhadap
mata pelajaran sains kesan daripada Program Persekitaran Pembelajaran Sains
dengan seramai 47 orang murid menyatakan
semakin bertambah minat mempelajari mata pelajaran sains.
Bahagian 2
Sila tandakan Program yang paling
mambantu menambah minat
anda kepada mata pelajaran sains
Minat
/ Sikap
|
Paling
Minat
|
Minat
Kedua
|
Minat
Ketiga
|
Sudut
Sains
|
42
|
4
|
6
|
|
2
|
4
|
8
|
Pusat
Sumber Sains
|
2
|
6
|
6
|
Pusat
Akses Kendiri Sains
|
6
|
28
|
4
|
Klinik
Sains
|
4
|
8
|
6
|
Bicara
Tokoh Sains
|
36
|
4
|
6
|
Bank
Soalan Sains
|
6
|
6
|
24
|
JUMLAH
|
60
|
60
|
60
|
JADUAL 2 :
Senarai Minat Murid Tahun Lima Berasaskan Program
Pembelajaran Sains
Daripada tiga pilihan utama, didapati seramai 36 orang
murid menyatakan bahawa Bicara Tokoh Sains paling diminati. Hal ini mungkin
disebabkan oleh kehadiran tokoh yang berjaya yang merupakan jurutera anak
tempatan yang meluangkan masa dan bermesra dengan mereka. Pilihan kedua ialah
Pusat Akses Kendiri Sains dan pilihan ketiga ialah bank soalan sains.
Hal ini
menunjukkan bahawa minat para murid untuk mempelajari mata pelajaran sains
semakin meningkat dengan kemujudan Program Persekitaran pembelajaran Sains.
9.0 PENUTUP
Hasil daripada Program Persekitaran Pembelajaran Sains,
para murid dilihat semakin minat untuk mempelajari mata pelajaran sains. Pelajar
Pribumi amat dahagakan pembelajaran berbentuk praktikal atau ”hands-on”yang
memberikan gambaran jelas serta relevan dengan kehidupan seharian
mereka.Halangan pembelajaran sains yang wujud dapat dipecahkan dengan
mempelbagaikan kaedah pembelajaran serta menambahkan minat pelajar.Semoga
keputusan UPSR 2011 yang akan diumumkan nanti akan menunjukkan hasil yang lebih
baik.
10.0 BIBLIOGRAFI
Abdullah Mohd. Noor. 1986. Cabaran
Profesionalisme Perguruan. Seminar Pendidikan Kebangsaan. Fakulti Pendidikan,
Universiti Kebangsaan Malaysia .
Bangi.
Ismail Jusoh, dan
Zuraida Ismail. 1996. Sikap dan Keyakinan Guru Sains Sekolah Rendah Terhadap
Pengajaran Sains. Kertas Kerja Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains dan
Matematik. Bangi.
Mah, C. L. 2000.
Keperluan Profesional di Kalangan Guru-Guru Sains Sekolah Rendah di Daerah
Kemaman dan Implikasinya Terhadap Pendidikan Berterusan. Latihan Ilmiah.
Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia .
Mohamed Rahmat, Abdul
Ghaffar Md. Noor, dan Arbain Subki. 1995. Kajian Keperluan Latihan Guru-Guru
Sains dan Pentadbir Sekolah Rendah Bahagian Bintulu, Sarawak .
Projek Penyelidikan Peruntukan Agensi Pusat 1995. Bahagian Pendidikan Guru,
KPM.
Noor Anisah Mahmudin.
2000. Masalah Pengajaran Sains KBSR di Sekolah-sekolah Rendah di Daerah Hulu
Selangor. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia .
Samsiah Shafii. 1999.
Satu Tinjauan Terhadap Pengajaran Sains UPSR. Latihan Ilmiah. Universiti
Kebangsaan Malaysia .
Shaiful Anuar Mohamad
Zamin. 1998. Pendidikan Sains KBSR: Satu Kajian Tentang Masalah Pengajaran di
Sekolah-sekolah Rendah di Negeri Perak. Latihan Ilmiah. Universiti Kebangsaan Malaysia .
Tamby Subahan Mohd.
Meerah 1999. Dampak Penyelidikan Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan
Kurikulum. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia .
Satu kajian yang membantu, mungkin guru di pedalaman boleh mengaplikasikannya semasa dalam sesi pengajaran.
ReplyDelete